Monday, August 16, 2010

pergi tak kembali, yang tinggal??pikirlah sendiri

entri nih ditype time sy baru je abes tolong mak wat bunga for my wedding prep and yet arini buka dalam kete je sebab xsempat nak kejar waktu. today my aunt kat sg. selisik passed away.innalillah.

aunt yang bernama rohani taib, umur 59 tahun.saya baru jumpa dia early last july ( masa wedding one of my cousin ) and time tuh xde menampakkan ape2 tanda pun. dia macam biasa. but dia mmg ade kencing manis( or we called it diabetes). that time she already potong ibu jari kakinya. and she passed away dalam pukul 12 tengah hari.

owh.mmg terkesan dengan pemergian allahyarhamah. dia sgt peramah and semua sedara and including my parents terkejut. yela, dia boleh dikatakan sihat ( except kencing manis tula but tuh xjadi halangan pun ). rupa-rupanya she's doing operation kat kaki dia last week and then pengsan today sebab kurang gula dalam badan. allahuakbar.

so u guys, saya share dulu ape itu penyakit kencing manis and how we can get that penyakit and how to prevent daripada dapat penyakit tuh.for those yang ade genetic kencing manis,beware.

APA ITU KENCING MANIS / DIABETES:
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

POTENSI UNTUK DAPAT SIAPA?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

CARA UNTUK MENCEGAHNYA
Gula,Gula melaka,Coklat,Jem,Madu,Sirap,Aiskrim,Biskut-biskut yang manis,Susu pekat,Minuman ringan,Gula-gula jeli

source from sabah.org

p/s:semoga rohnya dicucuri rahmat. alfatihah.










1 comment:

Anonymous said...

beliau ada insurans ker??