Thursday, August 19, 2010

kehidupan seorang biadap!

yep.the title pun mmg da biadap.so the story is tentang seorang yang biadap.

i just went to bazaar ramadhan and before pergi membeli belah juadah yang mmg sangatlah banyak and sedap tu, singgah kedai photostat sat. anyhow,ada seorang ibu and seorang anak yang membeli belah stationary.owh.biasalah kan mak ngan anak beli stationary and time packaging barang yang diorang beli tuh anak dia nih adelah wat silap sikit. bisalah,anak buat silap.anak mana yang umur dalam darjah 5 tak penah buat silap.budak baru nak naik rite?. yang xbestnye, boleh pulak mak tuh cakap "ko ni apehal lembab sangat?" kat anak dia.dem!tersirap aku dgr.
fine.mmg bukan kene kat aku tapi as a daughter of some people called mom,aku jugak agak tersentuh and meletakkan diri ini di situasi budak itu. pada firasat saya,that mother yang biadap xpayahlah panggil budak tuh lembab(even budak tuh mmg lembab pun).u as a mother jadi contoh pada anak-anak. bukannya makin jadikan budak tuh teruk.( owh.sy sangat emosional ). and tak mustahil budak tuh akan buat balik kat mak dia one day.( ya allah,mintaklah dijauhkan semua itu daripada saya ).

tak salah kalau nak marahkan anak tapi biarlah berpada-pada.jaga tutur kata.anak tuh pun ada perasaan. nih pegi ckp unproper words kat anak depan public.dem lagi kat makcik@kakak tuh.adoiyai.

p/s:aish,kalulah sy ade kekuatan nak tegur je kakak@makcik tuh tadi, kan da terdiam dia kat situ.moralnya,be a good mother and father to ur daughter or son. anda semua akan jadi idol kepada anak-anak. perangai anak-anak tuh terletak pada didikan ibu bapa sendiri. sebagai contoh, pantau anak-anak daripada terlibat ngan apa-apa gejala yang tak sihat.berhubung dengan ibu bapa kawan anak-anak kita. sy percaya,bila anak-anak jadikan ibu bapa mereka sebagai contoh, insya allah anak-anak akan terdidik dengan didikan yang sempurna.

Wednesday, August 18, 2010

sy mahu yang ini.boleh kah???

owh..begini rasanya.hati bergelora..~~~

yes!hati bergelora mahukan binatang comel ini.saya mahu!saya mahu!(
mintak2lah si dia baca blog ini).binatangkah???oh.nope.sudah tentu tidak.ianya adalah satu kepuasan jika dapat memilikinya.yezza.ahaks.

sedang saya berblogwalking, i saw one blog that tell about this camera and trus sy bukak
fujifilm.sanggattt comel ye rakan-rakan sekalian.ade empat warna yang sangat sofistikated and classy sungguh stylenya.dem..mesti ada ini camera!!(mintak lagi).
source: japanese

kenapa benda nih perlu saya ade??

1. ianya sangat comel!
2. poloraid!(instant film ye rakan-rakan)
3.sy minat photography.so what???sukati ar kan.

ok,antara function yang best(best ke atau sekadar comel sahaja?) for this little camera is:

Film

Fujifilm Instant Colour Film instax mini

Film size

86mm × 54mm

Image Size

62mm × 46mm

Lens

Fujinon 2 Elements, 2 Groups, f=60mm F=12.7

Finder

Reverse Galilean type, 0.4 magnification, target marks

Focussing range

Fixed focus, 0.6m~∞ auto-focus

Shutter

Electronic shutter 1/60s

Exposure

Manual aperture priority

Film/Print Output

Electronic

Flash Modes

Always on, auto, recyle time 0.2-6s depending on battery charge, red LED flash readiness indicator, flash reach 0.6-2.7m

Film counter

Remaining exposures display

Batteries

4

Other

Film pack indicator

Dimensions

119.5 × 121.5 × 70.5mm

Weight

320g (without batteries, strap, film)


bagi saya, fotografi tu adalah satu benda yang abstract.awak beli camera mahal2 xsemestinya gambar mesti cantek2. it depends on u.if u think that moment is the best moment yang u capture,then its seni dan tak semestinya picture yang xcantek itu tiada seni. dalam hidup kita ni mmg sentiasa berlaku proses pembelajaran. bila orang cakap gambar kita xde seni,kita belajar
TAPI saya cukup xsuka gambar yang terlampau banyak sangat editing. NATURALnya hilang.kesian gambar yang dah disnap itu!!!(maaf,ter emo pulak.tapi kebenaran ya)

Monday, August 16, 2010

pergi tak kembali, yang tinggal??pikirlah sendiri

entri nih ditype time sy baru je abes tolong mak wat bunga for my wedding prep and yet arini buka dalam kete je sebab xsempat nak kejar waktu. today my aunt kat sg. selisik passed away.innalillah.

aunt yang bernama rohani taib, umur 59 tahun.saya baru jumpa dia early last july ( masa wedding one of my cousin ) and time tuh xde menampakkan ape2 tanda pun. dia macam biasa. but dia mmg ade kencing manis( or we called it diabetes). that time she already potong ibu jari kakinya. and she passed away dalam pukul 12 tengah hari.

owh.mmg terkesan dengan pemergian allahyarhamah. dia sgt peramah and semua sedara and including my parents terkejut. yela, dia boleh dikatakan sihat ( except kencing manis tula but tuh xjadi halangan pun ). rupa-rupanya she's doing operation kat kaki dia last week and then pengsan today sebab kurang gula dalam badan. allahuakbar.

so u guys, saya share dulu ape itu penyakit kencing manis and how we can get that penyakit and how to prevent daripada dapat penyakit tuh.for those yang ade genetic kencing manis,beware.

APA ITU KENCING MANIS / DIABETES:
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

POTENSI UNTUK DAPAT SIAPA?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

CARA UNTUK MENCEGAHNYA
Gula,Gula melaka,Coklat,Jem,Madu,Sirap,Aiskrim,Biskut-biskut yang manis,Susu pekat,Minuman ringan,Gula-gula jeli

source from sabah.org

p/s:semoga rohnya dicucuri rahmat. alfatihah.










Sunday, August 15, 2010

teringin nak pakai shawl tapi...

Yes!sambil menjadi babysitter,jom kita hupdate lagi blog ini!

owh,mmg saya da lame teringin nak pakai shawl.hah??shawl tu ape??mesti golongan lelaki akan tanye species ape tuh.owh.untuk lelaki-lelaki semua,shawl tu selendang.ala,yang lebey kurang macam yuna pakai tuh.ha,just lilit je and trus jadi tudung.senang dan mudah. tapi masalahnya, saya MEMANG TAK PANDAI PAKAI. kalau pandai pun,muka kompom bulat gile.yela,da kalu muka mmg bulat,nak wat camno ye tak.
tapi mmg teringin sangat nak pakai macam ni :
credit to gambarartis
atau macam ni
credit to amie:sorry cilok pict u dear.
owh,ade ke sesape yang boleh ajar saya camne nak pakai shawl macam nih eh??hahahaha.skang nih mmg saya gile kumpul tudung bawal je.yela,da xtau nak pakai shawl.hehehe.

TOLONG SAYA!

Saturday, August 14, 2010

wifi oh wifi

yes!berjaya jugak setting wifi tuk umah sendiri.:-)setelah bergadoh ngan my other half pasal setting,tup tap da ok.alhamdullillah.so,arini i aktiviti saya selain tidor, gi bazar ramadhan and main gomol-gomol ngan anak buah ialah pasang wifi dalam umah.yeah!!!

actually,my streamyx kat umah just amek basic package and mmg nak mintak kat my other half dia punye wifi.tuptap,my sista bawak alek wifi umah dia.(thank you ayong and feylong).so kira rezeki terpijak.xkan xmo amek rite??hehehe.so, after bertungkus lumus menyetting the wifi,akhirnya berjaya!!!enjoy this picca!

d-link ihsan dari ayong n feylong

nih antara benda yang perlu di setup

hasilnya..tara!!

hahahaha.
sungguh gembira..burrpp!!baru pas makan mee kari.hehehe.

Friday, August 13, 2010

A itu indah sangat (",)

rite now,baru je pas settled everything ngan UPM.just receive my final result.owh.sangat terharu dengan DR HAMIDAH IBRAHIM.thank you so much dr.very3x appreciate it.hehehe.my final project dapat A.alhamdullilah.xterucap rasanya ucapan syukur tuh.and la nih, i tengah duduk dalam kete sebab tengah tunggu orang sembahyang jumaat.nak pergi putrajaya pulak.submitting my surat lapor diri to JPA.

anyway,happy 3rd day of fasting everyone!!layan gambar sengal nih dulu.hehehe

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan kini kembali!

"bulan ramadhan bulan mulia"

alhamdullillah,allah benarkan saya bernyawa untuk ramadhan kali ini.arini di Malaysia,umat Islam da start berpuasa and termasuklah saya.Minggu lepas, saya tengok rancangan agama kat tv9 "tanyalah ustaz". ustaz tu ada cakap pasal zaman skang semuanya ada tema and termasuklah bulan puasa.jadi, puasa tuk tahun nih saya pun nak wat theme tuk diri sendiri.ehm,in easy word,target puasa for this year:

1. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas.
2. dapat solat terawih bersama-sama keluarga sepenuhnya.
3. puasa penuh?confirmlah xboleh kan but manalah tau allah nak bagi chance.hehehe.

anyway, ada gak saya jenguk-jenguk intai-intai fadilat ramadhan nih. antaranya:

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith).

jadi, bersama-samalah kita berusaha ke arah kebaikan.yang penting adalah NIAT.kalu niat kita baik,insya allah xde masalah.

SELAMAT BERPUASA SEMUA!

p/s:owh,20hb nih ada buka posa ngan my thetaians!can't wait to c u guys!!!

Tuesday, August 10, 2010

harga setem naik!


saya xtahu kalu saya sorang je yang baru tau but saya 90% confirm yang ramai xtau.hehehe.since lastweek,harga surat da naik!sekarang bukan pakai setem 30sen macam dulu da.da naik around 60sen-80sen.macam mana saya tau???

1. sy pergi pejbt pos to send my contest letter then abg kerani pos ckp "dik,timbang dulu surat tu.kang xsampai plak.then i was suprise.yela,slalo letak je setem 30sen da buleh anta.surat yang macam nih.

skang price setem about 60sen (if address handwriting).kalau print and we stick to the envelope,pricenye 80sen.owh.i wonder when nak post all my invitation card nanti,berapa la agak-agaknya saya kene melabur nanti.

2.saya tau dari website
POS MALAYSIA la.ahaks.terbaca kat pejabat pos and terus bukak web dia to know the details.

so, bila da naik nih,pandai-pandai la u all nak letak setem bape posen eh.maybe zaman skang xramai yang nak jejakkan kaki kat post office.yela,internet da ade.email pun da ade.nak guna tuk ape rite???but somehow,kita terlupa,pejabat pos penting tuk nak bayar bil ke,asb ke, and paling penting tuk beli setem.hehehehe.

p/s:saya masih mengumpul setem.stil ingat zaman dulu.start collect setem dari my sis.my sis plak dapat dari my aunt.sampai skang,bile gi kat bagahgian fertiliti pejabat pos,kompom i beli setem baru.excited wooo.:-p

Monday, August 9, 2010

ikut cakap mak!

woooh.last thursday ade gado sket ngan my mum.benda kecik je.pasal washing machine.hahahaha.i x tekan pun rinse button but air dalam machine xde!mmg mysteri sungguh.so berdengung la machine tu sebab xde air.then i mogok!.kononnye xmau lunch and dinner ( truly,lapa gile time tu tapi mogok punye pasal,senyap-senyap bukak peti ais and amek chocolate cake.damn sedap gile!).
Malam tuh,borak biasa ngan mak.looks like nothing happen.biasalah.hehehehe.me as the youngest mmg saje je wat perangai bongok camtuh.SUDDENLY esoknye...


me:mak,cam saket tekak ar plak arini.
mak:apsal?semalam bukan makan pape pun.

me:b4 tdo semalam minum vitagen je.then saket tekak.


and that petang, terus pegi clinic and my temperature is 38.7!Allah.kompom sebab lawan cakap mak!then mak cakap,..

"tula,melawan lagi.kan da demam.."

that night,mak letakkan towel kat dahi ( terharu sungguh.umur da 25 kot ).abah dtg bilik and rase dahi.mmg bapak panas.siap mengigau time tdo. tapi yang pasti, SAYA SAYANG ABAH DAN EMAK SAYA.

anda bagaimana?????

p/s:jgn melawan cakap mak.buruk padahnya.(",)